PROGRAM

Perkongsian ini melibatkan program yang ditawarkan untuk makluman kepada pelajar. Semua program yang ditawarkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang membuat pengambilan pelajar menerusi UPU atau permohonan secara langsung di pejabat UPSI. Kini, UPSI mempunyai seramai lebih kurang 25,000 orang pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pelbagai program pendidikan sama ada di peringkat Diploma,  Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Program yang dijalankan mengamalkan sistem semester. Program Ijazah Sarjana Muda lazimnya mengambil masa selama 8 semester (4 tahun). Walau bagaimanapun, tempoh yang diberikan untuk menamatkan pengajian dibenarkan sehingga tidak melebihi (maksimum) 12 semester (6 tahun). Memandangkan jumlah program yang ditawarkan oleh pihak UPSI yang agak banyak itu, kami akan berkongsi disini tertumpu mengenai program yang ditawarkan oleh Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV).

Berikut adalah program-program yang ditawarkan :