ALUAN DEKAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya diberi kesempatan untuk saya menyampaikan kata aluan di dalam laman web rasmi Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) ini.

Selamat datang dan tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar baharu yang mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian peringkat Pra dan Pascasiswazah di FTV, UPSI.

FTV menawarkan tiga (4) program dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk dan Teknologi) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian) dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Reka Cipta) dengan Kepujian. Sejak ditubuhkan pada Julai 2010, FTV sentiasa bertekad untuk mendidik dan melahirkan para guru yang hebat, ilmuan yang unggul serta tenaga profesional yang berdaya saing dalam pasaran terbuka bagi menepati keperluan agenda transformasi pendidikan negara.

Kami akan sentiasa berusaha secara dinamik untuk menyokong kerajaan bagi memperkasakan bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional selaras dengan pembangunan kampus baharu FTV di Teluk Intan yang telah dilancarkan pada Jun 2014.

“FTV sentiasa bertekad untuk mendidik dan melahirkan para guru yang hebat, ilmuan yang unggul serta tenaga profesional yang berdaya saing dalam pasaran terbuka bagi menepati keperluan agenda transformasi pendidikan negara”
“FTV sentiasa bertekad untuk mendidik dan melahirkan para guru yang hebat, ilmuan yang unggul serta tenaga profesional yang berdaya saing dalam pasaran terbuka bagi menepati keperluan agenda transformasi pendidikan negara”

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak. Fakulti sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memenuhi aspirasi, tuntutan serta keperluan memperkasakan bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Terima kasih dan Selamat Maju Jaya.

DR. MOHD AZLAN BIN MOHAMMAD HUSSAIN
Dekan
Fakulti Teknikal dan Vokasional