October 2023

MAJLIS ANUGERAH AKADEMIA BITARA (AKIRA)

Tahniah diucapkan kepada warga FTV yang penerima Anugerah Akademia Bitara (AKIRA) iaitu Ts. Dr. Mohd Azlan Bin Hussain selaku Dekan FTV (Anugerah Fakulti Jaringan Akademik), Dr. Suriani binti Mohamed (Anugerah Corporate Social Responsibility), Dr. Fazhana binti Ismail (Anugerah Inovasi PDP ) dan En. Ahmad Tarmizi bin Al Shaari (Anugerah Pengurusan Akademik). Semoga dengan kejayaan ini dapat membawa nama FTV ke arah yang lebih tinggi.

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU
(SEMESTER 1 SESI 2023/2024)

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BAHARU FAKULTI TEKNIKAL DAN VOKASIONAL PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER 1 SESI 2023/2024 (A231)

Dengan segala hormatnya pihak fakulti akan mengadakan Program Orientasi Pelajar Baharu Semester 1 Sesi 2023/2024 seperti butiran berikut:

Hari : Rabu
Tarikh : 18 Oktober 2023
Masa : 2.45 ptg
Tempat : Dewan Kuliah BE Learning 01

Sehubungan itu, semua kakitangan dijemput hadir ke program berikut.

Sekian, terima kasih.

Pesta Mengail Ikan Puyu @ FTV

Wakil AgriDutourism Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam Pesta Kail Ikan Puyu@Ladang B, FTV, UPSI pada 30 September dan 1 Oktober 2023 (Sabtu & Ahad)
 
Dengan berakhirnya pesta ini, pihak AgriDutourism Park mengharapkan agar ikatan silatulrahim di antara ibu bapa dan anak- anak bertambah erat sambil kita memupuk melestarikan budaya mengail ikan secara traditional dengan menggunakan kail buluh umpan cacing.