December 2023

PROGRAM PEMBINAAN PERSONALITI & PENJENAMAAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN KERJAYA

Program Pembinaan Personaliti dan Penjenamaan Diri dalam Pembangunan Kerjaya untuk Pelajar Tahun Akhir Fakulti Teknikal dan Vokasional, FTV.
 
Semoga bermanfaat untuk semua pelajar
Previous slide
Next slide

FESTIVAL BAHASA DAN BUDAYA

Pada 6 dan 7 Disember 2023 yang lalu, Fakulti Teknikal dan Vokasional telah menerima jemputan sebagai rakan kerjasama untuk Program Demonstrasi Masakan Eropah sempena Festival Bahasa dan Budaya 2023.
 
Dengan itu, Fakulti Teknikal dan Vokasional telah menghantar empat orang pelajar ISMP Reka Bentuk dan Teknologi dengan bimbingan Chef Muhammad Hazwan bin Ibrahim, Penolong Pegawai Penyeliaan Makanan.
 
Empat orang pelajar tersebut ialah Balqis Husna binti Termizi, Nor Zoa’rifah bt Izhar, Muhammad Zulhasbi bin Zulkifly dan Muhammad Idzwan bin Ibrahim.
 
Tahniah diucapkan buat staf dan pelajar yang terlibat💐

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SUKAN STAF (KIESTA) 2023

Majlis Perasmian KIESTA 2023. Jom ramai-ramai meriahkan pada 6 Disember 2023 (Rabu) 8.15 malam.