July 2023


Formula Motorsport Education Competition 2023 (FMEC 2023)

Kejohanan Formula Motorsport Education Competition 2023 (FMEC 2023) kian terasa. Semua dijemput hadir untuk menyaksikan secara langsung 26 Julai 2023 di Sepang International Circuit (SIC), Sepang.
Selamat maju jaya kepada semua peserta yang menyertai.

ROBOCON 2023

Pertandingan Robocon Malaysia 2023 di USM, Pulau Pinang di wakili FTV dan pelajar dari beberapa buah fakulti. Mohon semua doakan kejayaaan pasukan kita!!!

PROGRAM SEMARAK SISWA MADANI


Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengadakan Program Semarak Siswa Madani bertempat di Sungai Besar, Sabak Bernam, Pandan & Felda Gedangsa pada 22 Julai sehingga 24 Julai 2023
Program ini merupakan satu platform kepada mahasiswa/mahasiswi untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran berasaskan TVET kepada golongan komuniti.
Program ini juga telah mendapat sokongan penuh dari pengurusan tertinggi UPSI, UCTC & JHEPA.
Terima kasih diucapkan kepada pensyarah, staf dan semua siswa/siswi FTV yang bertungkus lumus dalam menjayakan program sebegini.