THE BARBER BUS

Mari semua warga UPSI dan Tanjung Malim gunting rambut di sini. Bas barber kolaborasi FTV dan Gong Studio pastinya pengalaman yang menarik!

UPSI, GONG STUDIO, JALIN KERJASAMA MANTAPKAN TVET

Tanjong Malim – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) harini memeterai perjanjian persetujuan dengan Gong Studio Holding Sdn. Bhd. sebagai rakan strategik bagi melatih pelajar dalam kursus profesional penggunting dan penggaya rambut selain menyediakan perkhidmatan tersebut yang menjadikan UPSI sebagai universiti awam pertama melaksanakan Bas Barber di dalam kampus.