Fakulti telah menghantar dua (2) orang kakitangannya bagi Lawatan Kerja ke Aberystwyth University, Wales, United Kingdom pada 16 hingga 19 September 2024 bertujuan untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Sains Pertanian, FTV.
Tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Fazhana binti Ismail, Ketua Jabatan Sains Pertanian dan Dr. Faizah binti Abu Kassim, Pensyarah Jabatan Sains Pertanian sebagai wakil FTV. Semoga lawatan kerja ini dapat memberi manfaat kepada fakulti dan mewujudkan peluang kerjasama di antara kedua-dua belah pihak di masa akan datang.