26 Ogos – Universiti Negeri Semarang (UNNES) telah mengadakan Webinar atau International Focus Group Discussion (FGD) dengan tema perbincangan “How Innovative Virtual Learning Applied in New Normal: Best Practices in Indonesia and Overseas”. Professor Madya Dr. Mohamed Nor Azhari Azman merupakan salah seorang panel yang dijemput bagi membincangkan isu inovasi pendidikan pada era pandemik Covid-19 bersama barisan panel hebat daripada pelbagai universiti antarabangsa.