KAJIAN
Dalam bahasa yang mudah, kajian boleh disebut sebagai satu proses yang sistematik untuk memberi jawapan kepada sesuatu soalan. Jawapan yang diberi kepada maksud kajian mungkin abstrak.
Kajian dibuat untuk menguji idea mengenai ciri dan operasi beberapa aspek alam mini. Tanpa bukti kita tidak dapat menyatakan sesuatu kaedah itu lebih baik atau buruk daripada kaedah lain. Begitu juga kita memerlukan bukti untuk menyokong sama ada sesuatu program itu dapat menambah motivasi, minat atau pencapaian pelajar.
Satu jalan keluar untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah adalah melalui kajian. Untuk membuat kajian, pensyarah perlu memahami proses menjalankan kajian. Langkah utama dalam proses kajian adalah mengenal pasti satu masalah yang boleh diselidik. Bagi meneruskan proses itu, seseorang pensyarah itu harus mempunyai idea yang jelas mengenai apa maksud kajiannya.