Program CEO @ Fakulti adalah program dimana Ketua Pegawai Eksekutif sebagai ikon untuk pelajar dan dapat meningkatkan kurikulum yang sedia ada melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik daripada Ketua Pegawai Eksekutif untuk merumuskan penilaian bersepadu baru melalui pembelajaran holistik.
Memperkukuhkan penyertaan dari sektor perindustrian sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan tinggi negara melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran dari pemimpin industri.
Mengetahui integrasi dan sinergi antara pakar industri dengan para penyelidik dan pelajar universiti.
Meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar dan mengurangkan ketidaksesuaian dalam penawaran dan permintaan.