JUNE 2024

MAJLIS SYARAHAN SULUH BUDIMAN

Jemputan menghadiri majlis Syarahan Perdana Suluh Budiman: Professor Ramelee bin Mustapha Anjuran Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tarikh: 7 Jun 2024 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Auditorium Utama Universiti Pendidikan Sultan Idris,  Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

PELANTIKAN SEMULA DEKAN FTV

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Mohd Azlan bin Mohammad Hussain di atas pelantikan semula sebagai Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional mulai 1 Jun 2024 hingga 31 Mei 2025.
Tahniah sekali lagi dan Selamat Menjalankan tugas. Semoga FTV terus cemerlang.

Majlis Perasmian Galeri Fesyen FTV (EDUTORISM: From Hertitage to Elegant Chic Showcase)

Telah berlansung Majlis Perasmian Galeri Fesyen FTV bertemakan Edutourism: From Heritage to Elegant Chic Showcase pada 20 Jun 2024 bertempat di Bengkel Jahitan FTV. Galeri ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Md Amin Bin Md Taff.

Program FTV Turun Padang

Montaj aktiviti sepanjang Program FTV Turun Padang berlangsung pada 27 Jun 2024 dan 29 Jun 2024.
 
Ahli Jawatankuasa Program FTV Turun Padang yang terdiri daripada Persatuan Teknologi Kejuruteraan (PERMATEK), Persatuan Sains Pertanian (PERSSAP) dan Persatuan Mahasiswa Keluarga dan Sains Konsumer (FaCSA) ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh pihak pengurusan, kakitangan serta para pelajar FTV di dalam program ini.