JULY 2024

International Innovation Arsvot Malaysia (IAM) 2024

Pihak Pengurusan Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pensyarah dan mahasiswa dari  Jabatan Teknologi Kejuruteraan (JTK), FTV di atas kejayaan yang dicapai di dalam The International Innovation ARSVOT Malaysia 2024 (IAM2024). Tahniah diucapkan.

  1 GOLD & 1 SILVER

Semoga kejayaaan ini menjadi inspirasi kepada mahasiswa dan mahasiswi FTV yang lain.

Kolukium Projek Tahun Akhir 2023/2024

The International Development, Research and Innovation Virtual Exhibition (iDRIVE)

Pihak Pengurusan Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada mahasiswa dari  Jabatan Teknologi Kejuruteraan (JTK), Jabatan Hospitaliti dan Sains Konsumer (JHSK) dan Jabatan Sains Pertanian (JSP), FTV di atas kejayaan yang dicapai di dalam The International Development, Research and Innovation Virtual Exhibition (iDRIVE) Tahniah diucapkan.

  2 GOLD & 4 SILVER

Semoga kejayaaan ini menjadi inspirasi kepada mahasiswa dan mahasiswi FTV yang lain.

Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)

 Lawatan dari Fakultas Pendidikan Teknologi dan Kejuruan (FPTK), Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) ke Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk membentuk hubungan kolaborasi antarabangsa melalui aktiviti perbincangan berkenaan penyelidikan bersama, aktiviti pelajar dan lawatan ke fasiliti FTV.

Di antara tempat yang sempat dikunjungi adalah Bengkel Jahitan dan Ladang Bunga Matahari.
Sebagai penutup lawatan, Dekan FTV bersama-sama Dekan FPTK, telah menanam Pokok Nona (Annona Squamossa) di Pusat Agro Tourism sebagai simbolik kolobrasi antara kedua-dua universiti iaitu UPI dan UPSI.
Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua universiti.

LENSA KURSUS CAREER PATH COMPETENCY MATRIX TVET (RESEARCH METHODOLOGY IN TVET)

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Telah Berlangsung Kursus Career Path Competency Matrix TVET (Research Methodology In TVET)] Anjuran Fakulti Teknikal dan Vokasional Bersama 31 Orang Pensyarah daripada Politeknik dan Kolej Komuniti.
Tarikh: 23 – 25 Julai 2024
Lokasi: Smart Classroom, Blok 4, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.
_”LEADING TVET GLOBAL EDUCATOR”_
#PusatSinergiTVET-UPSI@Komuniti
#FTV‘IncTraining