BACKGROUND

Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2010 bertujuan untuk mencapai matlamat dalam memperkasakan industri pendidikan dan menjadi pusat rujukan pendidikan dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional. FTV sentiasa komited dalam membangunkan ilmu pengetahuan menerusi pengajaran & pembelajaran, penerbitan, penyelidikan, perundingan dan khidmat masyarakat di dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional bagi memenuhi keperluan pelanggan dan aspirasi masyarakat semasa. Kepakaran dan pengalaman tenaga pengajar FTV dapat membantu siswa dan siswi dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan, bagi meneroka idea sejajar dengan perubahan global semasa serta dapat bersaing dan berada di atas satu landasan yang sama dengan institusi pengajian tinggi lain.