JANUARY 2026

KEM BINA INSAN BITARA FTV

Telah berlangsung Kem Bina Insan Bitara FTV bagi Siri 1 (5 Januari – 8 Januari 2025) dan Siri 2 (12 Januari – 15 Januari 2025) bertempat di UPSI Adventure Park.

FASHION SHOW : L' IMAGINATION SANS LIMITE

Tahniah diucapkan kepada pelajar dan kakitangan FTV yang telah berjaya menganjurkan Fashion Show pada kali ini.

Tahniah buat tenaga pengajar PM Dr. Arasinah Kamis, Dr. Asimah Zakaria, Pn. Norizan Mohd Nor dan Cik Senijulita Johari yang bertungkus lumus membantu pelajar dalam penghasilan pakaian dan sekaligus menjayakan fashion show pada semester ini. Terima kasih juga kepada para jemputan, rakan strategik industri dan tetamu yang hadir. Semoga memberi inspirasi kepada semua.

KOLOKIUM PROJEK TAHUN AKHIR

Telah berlangsung Kolokium Projek Tahun Akhir pelajar FTV pada 20 Januari 2026 bertempat di Smart Classroom FTV.

QOLBU FTV: CEMPEDAK CELUP TEPUNG FEAST

Telah berlangsung Qolbu FTV : Cempedak Celup Tepung Feast pada 21 Januari 2026 bertempat di Pusat Agro Pelancongan FTV.

Antara aktiviti yang dijalankan antaranya senamronik, aktiviti mengait cempedak, aktiviti membaja pokok, memberi makan rusa dan juga menggoreng cempedak bersama-sama warga fakulti.

WhatsApp Image 2026-01-23 at 12.01.51 PM