Telah berlangsung Bengkel Pemantapan Persatuan Pelajar Fakulti Teknikal dan Vokasional di The Academy Port Dickson.
Majlis Perwakilan Pelajar FTV, Persatuan Sains Pertanian UPSI – PERSSAP, Persatuan Mahasiswa Teknologi Kejuruteraan, FaCSA UPSI
ANUGERAH KECEMERLANGAN DI ISTIADAT KONVOKESYEN UPSI KALI KE-25 TAHUN 2023
SEKALUNG TAHNIAH kepada semua Graduan FTV dan Penerima-Penerima Anugerah Kecemerlangan di Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-25 tahun 2023.
SELAMAT BERGRADUASI DAN TAHNIAH
TIMBALAN DEKAN (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) YANG BAHARU
Setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pelantikan Dr. Norhanizan Usaizan sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) yang baharu menggantikan Dr. Mohd Firdaus Mustaffa Kamal yang telah tamat tempoh lantikan jawatan pentadbiran tersebut.
Fakulti juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa Dr. Mohd Firdaus sepanjang menjawat jawatan tersebut.
SEMINAR TVET ANJURAN ADTEC JERANTUT PAHANG
Fakulti Teknikal dan Vokasional di jemput ke seminar TVET anjuran ADTEC Jerantut, Pahang pada 16 November 2023. Dr. Zahidah Abd Latif mewakili fakulti membentangkan kertas kerja sempena seminar berkenaan dan pihak fakulti juga mengadakan pameran TVET mempromosikan fakulti dan UPSI.
PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI NASIONAL 2023
TAHNIAH diucapkan kepada pelajar semester 8 ISMP (Sains Pertanian) dengan Kepujian atas kemenangan yang diperolehi dalam PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI NASIONAL 2023 atas bimbingan pensyarah iaitu Dr. Mohd Amirul bin Hussain dan Dr. Azizul Qayyum bin Basri.
1. EZ-QIZZ: Platform Pembelajaran MEDSOS untuk Kursus Pertanian – GANGSA
2. EZ-WEEPS: Mudahnya Belajar Microsoft Office dengan EZ-WEEPS (Word, Exce;, Powerpoint) – GANGSA
3. ONE 2 CHOOSE: Pembelajaran Berasaskan Permainan Interaktif untuk Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Pelajar KV – GANGSA