SARJANA MUDA

Fakulti Teknikal dan Vokasional ditubuhkan untuk meningkatkan taraf ilmu pendidikan teknikal dan vokasional bagi mengisi kekosongan yang diperlukan untuk melahirkan graduan yang berketrampilan, berintegriti dan profesional bagi memperkasakan profesion perguruan. Pengambilan pelajar adalah mengikut Syarat Kemasukan Am Universiti.

Berdasarkan kepada visi dan matlamat universiti, fakulti ini terarah menjadi pusat kecemerlangan menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, khidmat masyarakat dan perundingan. Bagi memenuhi hasrat tersebut, Fakulti Teknikal dan Vokasional menawarkan program-program berikut:

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI) DENGAN KEPUJIAN

MATLAMAT PROGRAM

Melahirkan guru Reka Bentuk dan Teknologi yang berkesan serta mahir menggunakan kemahiran berfikir dalam merancang dan menguruskan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut di sekolah menengah di samping mempunyai etika yang luhur dan sikap yang positif terhadap profesion keguruan.

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(EKONOMI RUMAH TANGGA) DENGAN KEPUJIAN

MATLAMAT PROGRAM

Melahirkan tenaga pengajar bidang Ekonomi Rumah Tangga yang berdaya saing, mempunyai etika yang luhur dan bersikap positif terhadap profesion keguruan dalam sektor pendidikan.

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(SAINS PERTANIAN) DENGAN KEPUJIAN

MATLAMAT PROGRAM

Melahirkan graduan yang berilmu dan berkemahiran dalam bidang Sains
Pertanian dalam Sektor Pendidikan.

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(REKA CIPTA) DENGAN KEPUJIAN

MATLAMAT PROGRAM

Melahirkan guru Reka Cipta yang berkesan serta mahir menggunakan kemahiran berfikir dalam merancang dan menguruskan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut di sekolah menengah di samping mempunyai etika yang luhur dan sikap yang positif terhadap profesion keguruan.