PENGURUSAN RISIKO

Risiko adalah sesuatu isu/kejadian yang berlaku serta boleh memberi kesan terhadap pencapaian objektif atau matlamat sesebuah organisasi. Dalam konteks UPSI, risiko ialah kesan ketidaktentuan kepada pencapaian matlamat Pelan Strategik UPSI merangkumi kewangan, projek pembangunan, pengoperasian, reputasi dan peraturan universiti. 

Pengurusan Risiko adalah satu proses mengenalpasti, menilai dan mengatur kepentingan risiko diikuti oleh penggunaan sumber secara teratur dan ekonomi bagi mengurangkan, memantau dan mengawal kemungkinan dan/atau kesan peristiwa yang tidak diingini. Dasar Pengurusan Risiko UPSI mengesahkan komitmen strategik universiti secara rasmi untuk membina budaya pengurusan risiko di mana risiko dan peluang yang dikenal pasti diuruskan secara berkesan. UPSI mengakui, dalam usaha untuk mencapai objektif strategik, pengukuran risiko perlulah boleh diterima pakai dan bersesuaian.

Bagi maklumat lebih lanjut tentang dasar pengurusan risiko UPSI, kami bekalkan dokumen berkenaan dengan pengurusan risiko pada pautan di bawah: